June 10, 2016

MMU Cyberjaya (Hostel)


Hi Assalammualaikum!

I'm back! Okay now baru ada masa nak share pasal hostel MMU since ramai dah tanya maaf baru berkesempatan nak kongsi. Basically MMU ada 4 bangunan hostel yg dipanggil HB1, HB2, HB3 dan HB4. Untuk girls are HB3 & HB4 while for boys are HB1 & HB2. Fyi, hostel perempuan lebih dekat dgn faculty compared dgn hostel lelaki yang jauh jgk lah. Sekarang hostel bukan under MMU lagi means company lain yang take over and handle. Untuk payment pun korang kena bayar sendiri dkt no account yang disediakan. Hostel ada 4 tingkat and sekarang (so far tapi lepas ni tak sure) dorang dah samakan harga untuk each floor. Kalau dulu, lagi tinggi bilik lagi murah tapi sekarang no more.

Harga ikut jenis bilik. Kalau bilik berdua is RM350 and kalau bilik bertiga is RM250 include bil api, air and wifi. Tapi jangan expect wifi laju sangat lah. Zaman foundation aku dulu yes, internet laju gila. Kau boleh download 10 movies sehari tp sekarang nk download lecturer notes pun amik masa sikit. Kalau dpt bilik berdua kira rezeki lah sbb mmg hot selling skit bilik berdua since mostly senior mmg conquer (senior kan nak privasi hahaha). Dalam bilik ada katil, whiteboard, meja belajar, kipas siling and almari. Kalau bilik bertiga, satu katil sorang and satu katil double decker.


Add on sikit. Aku start degree first year terus duduk luar sbb masa tu dorang tgh renovate hostel so probability nk dpt hostel tu susah since dorang akan utamakan intake baru dan bdk jauh. And sampai lah habis degree aku duduk luar. For me, memang lagi best duduk rumah sewa sbb rasa mcm wow student gila, bebas and rasa independant tapi kena ingat jgk yg sewa rumah kat sini boleh tahan tinggi bayarannya and you need a car. Selain tu, kalau nak sewa rumah kena bayar deposit sebulan sewa + sebulan utility. First rumah sewa aku dulu was townvilla dkt Cyberia which is 2.5k per month. Masa tu kitaorg sewa berlapan selama 2 tahun. Then kitaorg pindah Pinggiran Cyber sbb aunty tu nak naikkan harga sewa jadi 3k. Rumah baru nie pun boleh tahan mahal. Rumah teres setingkat je - half furnished and the rent is 1.6k kongsi berenam. Tapi kitaorg sewa ikut bilik and aku dpt bilik sorang so mahal sikit lah. Tapi korang don't worry too much lah nanti kena keluar ke tak dpt hostel ke apa. As long as korang apply and perbaharui application hostel (every sem) and selagi korang tak check out hostel, korang mmg dapat hostel. Tak perlu nak active persatuan ke apa. Okay?


So here, I share gambar bilik bertiga since hari tu teman member pergi check in hostel so just in case parents nak tengok keadaan hostel, ada showroom disediakan. Tapi, jangan expect hostel MMU cantik gila mcm dalam filem Adik Manja The Returns (yes, dorang shoot dkt MMU Cyberjaya). For me, hostel MMU okay and selesa je. Setahun dkt sana boleh je survive. Btw, ada dobi dan cafe disediakan. Kedai photostat/print pun ado. And yes, hostel dia mcm hostel sekolah yg bilik air kt luar tapi terjaga lah sebab everyday ada cleaner bersihkan. Btw, cafe ada dkt hostel lelaki so kalau rajin boleh lah korang menapak pergi sana. Korang boleh enter hostel lelaki and lelaki boleh enter hostel perempuan tapi setakat sampai ground floor je lah. And sini takde curfew so nak balik tengah pagi pun boleh (okay pernah buat dan selalu je lebih2 lagi ada kereta sendiri kan zaman muda keluar lepak mak ayah tak tahu hahahaha ini dipanggil zaman jahiliah! kihkihkih) 


Oh btw korang sangat disarankan untuk bawa kipas sendiri sbb mmg panas. Kipas yg disediakan alahai tak terasa pun especially kalau dpt katil atas. Heater and iron boleh bawa tp be careful lah. Kalau lah in case ada buat spotcheck, redha je lah tp hari tu akk tu kata boleh je bawa asalkan tak melebihi certain walt (tak ingat berapa). 





Double decker bedroom. Dulu aku dapat katil bawah haha



Study table and rak yg kitaorg selalu guna utk simpan stok makanan





Yes, almari dia kecik so bertabahlah kalau ada banyak baju.


March 15, 2016

Advier Showcase (MMU)



Advier theme song: Here We Are
Written & Composed by: Raedin Royston Nadaraja






Selasa lepas (8th March 2016) was our degree showcase (FYP MAD Delta June 2016) so called ADVIER Showcase. The name ADVIER means struggle and challenge as that are what we are facing for the past 3 years (ayat speech aku sebenarnya). To be honest, mmg banyak dugaan dan cabaran nak handle event ni tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan paling best lecturers mmg puji gila sebab dia ckp event ni best (2 jam babe Madam Nana karaoke) and terserlah teamwork kitaorg. Dorang nampak kami sangat seronok buat event ni more than buat assignment haha! Oh btw lecturer puji gak logo cantik wuhuu bagus designer aku (cc: Razman Razali).  






Just so you know, I'm the director of the event and aku jugak lah yang kutip duit, buat surat, technician and bla bla hahaha takde lah. Certain things aku prefer handle sendiri plus aku tahu sangat budak teknikal mcm mana and sebelum jadi isu dan gaduh lagi dan sesi pujuk-memujuk lagi... ok stop here. 4 days before event (Jumaat), aku and Anis setup E-Gallery dengan Aima and Madam Nana semua. Kitaorg angkut easel (thank god Aima ada since aku dah cakap bdk teknikal aku mcm2 hal skit hek hek). Petang tu baru lah budak teknikal kesayangan muncul and tolong. Yang sorang lagi dah balik Seremban. Malam pulak pergi tampal poster around campus.






A day before event (Isnin), paling best! Seharian aku tak makan hahaha baik tak aku? Fokus dkt event sampai tak nak makan. Selamat tak pengsan je aku. Eh tapi ada orang nak tolong angkat kan? Haa gua ringan je babe! Dengan berlari ke sana ke sini and naik turun lift dan obviously tak akan lupa part "fan girl over Razman" hahahaha!





So, the day of event paling syok aaa! Sumpah best! Paling penting I berucap okay. And paling tak sangka aku dapat award Most Improve Student alongside with Aima and Amin (both aku banyak tolong gak hahaha serious tak tipu). Aku suka dan bangga bila tengok yang lain pun seronok. Memasing have fun and nampak happy je. Terasa success sangat event ni alhamdulillah. Okay, part bergambar ni aku mmg surrender. Dalam camera Yazlie mmg banyak gila gambar aku like 85%? Hehe director camwhore lah katakan!




Dia macam banyak benda nak cerita tapi tetiba aku sedih sebab tak sangka dah habis weh majoring setelah 3 tahun struggle and lepas ni semua berpecah and I kind of miss ADVIER actually. Time postmortem aku paksa semua luah perasaan and aku hampir nak menangis tapi tahan. Kena jaga air muka nanti make up cair hehe. Last but not least, thank you guys for helping me throughout the event! And terima kasih sebab cipta lagu khas untuk Advier. Terharu! So yeah, let the pictures berbicara lah!




















and yes... we are MAD Students!
"An Epic Journey"









Advertisers | Designers







Last but not least, semoga ukhwah yang terjalin antara kita tak akan putus dan all the best guys for your future! Semoga ada lah kekal jodoh di antara mereka-mereka ini hahaha! And tak lupa tolong doakan kejayaan dan kelulusan kami untuk fyp! Aaamiiinn!




Love,
FAH