October 06, 2010

Kenangan PMR 2009


Heyyo people. Pagi tadi pinjam kertas PMR dari Umie. Semalam paper BM & Agama. Aku tengok soalannya tadi not so bad lah. Agama senang gile! BM 2 pun okay la just maybe BM 1 ada yang susah sikit kowt. Entah lah, tak tahu aku nak ngomen ape. Aku tak amik exam. Talking about PMR, aku teringat kisah aku dulu. Nak dijadikan cerita, gender/jantina aku dalam slip peperiksaan PMR tue M-A-L-E (!) Kahkahkah! 

 Hari Jumaat. Lokasi dewan Tuanku Jaafar. Masa tue cikgu tengah bagi taklimat tentang slip tue. Kene tampal lah, check itu ini lah. Then masa nak tampal (actually dah tampal) baru aku perasan jantina aku = lelaki. Aku agak bengong ingat memang macam tue. Aku check slip kawan lelaki aku. Bengong aku rasa. Dah sah² dorang punya gender tulis male. Adoi hai ana! Aku tengok perempuan punya, gender tulis perempuan. (terasa bijak ckit sebab tengok perempuan punya bukan lelaki ;] )

Aku terus jumpa cikgu aku dan tanya "cikgu, asal saya punya jantina lelaki?" Cikgu pun pelik je. Budak lelaki yang dengar dah mula gelak. Cikgu pun seakan tak caya tapi cikgu cakap lepas ney jumpa dia, nak betulkan balik. Aku femes kat cikgu tue pun sebab selalu jumpa dia settlekan masalah jantina aku tue. Huh, wat malu je. Masa kat kelas pun asyik kena sakat. Nak nages aku tapi selamat ada yang pujuk. 

Masa PMR ketua pengawas pergi kat meja aku (depan sekali je pun) tengok aku punya slip and betulkan gender aku. Then dia tandatangan untuk mengesahkan kowt. Huhu, itu lah kenangan yang tak dapat aku lupakan. Memang kelakar bila diingatkan balik. Tapi aku tetap rasa bangga dengan result aku walaupun dapat 6A 2B sebab masa trial dapat 1A 7B je tao! Meningkat dengan mendadak lah tue kan? :D

No comments: