January 10, 2013

The Ex-spm-ers

Hai Assalammualaikum!


Sejak duemenjak tigamenjak empat menjak dan berenjak- enjak nie, aku asek dengar budak2 dok cakap pasal matrik, upu, ipta, ipts bla bla bla. Tengah beratur nak beli burger pun bdk belakang aku borak pasal utp.

So, as a senior (Fiq ckp aku lah senior yang paling bajet senior hahahaha) meh sini kakak (ecece :p) nak kongsi sikit ilmu di dada yang tak seberapa sangat nie.

First of all, don't give up! Dulu, aku tak dpt matrik, poli dgn upu for the first intake. Serious. Memang sedih gila la wa cakap sama lu. Kawan2 yang lain semua dpt. Aku? Dpt tawaran ipts je byk dgn kptm. Malu? Entah. Sikit kot tapi aku kuatkan semangat. Aku tahu Allah tgh menduga aku. Jangan stop berdoa apa yg terbaik utk diri sendiri. Belum rezeki kan.

Then aku pilih masuk MMU. After that, time nie lah aku rasa rezeki mencurah-curah. Bukan nak riak atau takbur, tapi sekadar nak menunjukkan bahawa Allah itu maha mengetahui dan maha adil. Aku dpt matrik Johor (Foundation of science), UPSI (Diploma of Laboratory Technology), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis (Diploma Pengajian Video dan Filem).

Ada jgk tawaran jadi doktor, farmasi, fisioterapi, jururawat (yg kerajaan punya dan aku tak igt apa tah laman webnya sbb aku tahu dari Abrar) dan banyak lagi. Yang lain2 pun asek call handphone or call rumah tanya nak masuk institusi dorang tak. Aku serba salah bila dpt UPSI tue sbb aku minat coursenya. Matrik mmg dah tolak awal2.

Masa tu baru aku sedar. Allah tarik satu rezeki dari aku then dia tak putus2 turunkan rezeki lain untuk aku. Macam tue lah. Aku bersyukur sangat2 and in the same time aku tahu ini balasan aku bersabar dan berdoa banyak2 dkt Allah. Alhamdulillah.

Dan sekiranya engkau wahai adik2 sekalian terjerat antara 2 pilihan, buatlah solat istikharah 3 hari berturut2 mcm aku buat dulu. Read this.

No comments: