April 04, 2015

Umrah 2015: Mekah Al Mukaramah (Part 2)


Hi Assalammualaikum!

Okay kali ni aku nak kongsi pengalaman aku pergi melawat tempat2 menarik di Mekah. Kalau diikutkan, Mekah dgn Madinah are nothing tau. Maksud aku, kawasan nya hanya bukit-bukau dan tanah lapang. Takde tempat cantik2 macam Eiffel Tower dan sebagainya. Tapi kenapa kita akan merinduinya walaupun dah sekian abad kita tinggalkan? Kenapa? kenapaaaa? *jerit macam org putus cinta*





Sebab ini rumah Allah. Ustaz Winarno ckp, sekiranya kita pergi New York atau tempat2 lain, tak mungkin kita akan merinduinya seperti mana kita rindu akan rumah Allah ini. Mekah dan Madinah ternyata ada "daya tarikan" tersendiri.






Antara destinasi yang dituju ialah Jabal Tsur, tempat di mana Nabi Muhammad dan Abu Bakar bersembunyi di dalam gua semasa hijrah, dan pintu gua ditutup oleh labah-labah dan burung merpati serta kami juga melawat Jabal Nur (Gua Hira)







Tempat wajib pergi bagi orang macam aku yang belum kahwin ni, hehe.. of cos lah Jabal Rahmah! Malam sebelumnya, dkt dewan makan, kitaorg yg geng single ni borak2 dgn Ustaz Winarno. Dari sini lah dorang tahu umur aku yg sebenar haha. Masing2 cakap.. "hang la paling muda". Kak Ya, broker kami (sbb dia mmg becok dan suka tanya2), mntk ustaz tlg doakan kitaorg yg single ni. Ustaz ckp, "tulis aja dalam kertas. Nanti saya tolong doa kan." *slang indonesia please* p/s: dengarnya ustaz doakan jodoh kami depan multazam... alhamdulillah. 




Geng single ;)


Ada lah dalam 12 nama kot hehe and guess what... aku yg paling muda! Hahaha. Ustaz ckp, nama2 dalam list tu mesti turun lambat nanti sbb asyik doa mntk jodoh! Hehe. Jabal Rahmah tu kita boleh daki or guna tangga. Ustaz saja je berhentikan kitaorg kt tmpt yg mendaki. Dah sampai atas baru tahu ada tangga rupanya! Ustaz nak kitaorg merasa cabaran tuuu.




Keadaan di atas Jabal Rahmah



Kitaorg daki tau bukit dkt belakang tu!



Kitaorg jugak melawat Arafah. Satu yg menarik nya... dkt sini ada banyak khemah (khas untuk jemaah haji). Tapi.. sebanyak mana pun jemaah haji pada tahun tersebut, khemah tu sentiasa cukup untuk memuatkan kesemua jemaah. Subhanallah... tak terfikir kan? Bila ustaz cerita, kitaorg pun mcm amaze gila. Lagi satu, khemah tu skrg tak mudah terbakar. Dulu pernah ada case, so mereka tukar. Ustaz ckp dia pernah try, mmg x terbakar haha! Btw, ustaz Winarno dah buat 6x haji! Subahanallah beruntung dia! Kami juga ditunjukkan tempat di mana Nabi Ibrahim menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Kami hanya tengok dari jauh je (dalam bus) 






Padang Arafah juga semakin menghijau... tanda kiamat sudah dekat.



Kami juga berkesempatan melawat masjid dan muzium hudaibiyah. Bestnya Ustaz Winarno, dia tak lepaskan kitaorg round2 dalam muzium tu. Dia cerita semua sampaikan jemaah yg lain pun join group kitaorg hahaha. Beruntung kami dpt mutawwih nie :D One more thing yg Ustaz Winarno cerita... air zam zam tak pernah habis dan tak pernah melimpah ruah. Sentiasa cukup utk jemaah haji dan umrah.









Pasal ladang unta ni.. fest thing fest, ingin aku tegaskan.. pihak Andalusia mmg tak benarkan jemaah mereka melawat ladang unta disebabkan banyak jemaah yg warded kan. Mutawwih kami kata, dia sendiri tidak faham kenapa Malaysia melarang sedangkan negara lain okay je. Lagi satu, unta kan antara haiwan kesayangan rasuluallah.. kenapa mereka yg menjaga unta tidak sakit? Ini semua hanya mainan politik. Pada awalnya mmg jadi tapi dipertengahan nya, kami hanya dibenarkan tengok dalam bus sahaja sbb driver bus takut sekiranya ada yg nmpk jemaah Malaysia di situ. Tapi akhirnya ustaz kesiankan kami kot so he takes the risk, benarkan dan dia kata, niat saja dlm hati in sha Allah tidak akan ada apa2. I think, hanya group kami saja yg pergi melawat. Group lain yg mutawwihnya org Malaysia barang kali tidak pergi.




Happy memasing dapat usap2 unta... dpt selfie hehe. Masa lepas selfie tu, tetiba sekor unta ni letak dagu dia atas kepala aku (pandai ajak bermanja...) Aku terkejut hampir nak terjatuh sambil jerit mcm scene hindustan which is.... tipu je. Ustaz nampak, dia gelakkan aku. Dalam bus siap perli, "teruja betul jemaah saya dpt jumpa unta sampai ada yang terjatuh" *slang indonesia please*. Ceit. Satu lagi, ustaz meluahkan kekecewaannya... "saya tertanya-tanya... adakah unta lebih handsome dari saya kerna tidak ada sorang yg ingin bergambar dgn saya." *aku tahu korang tahu aku nak pesan apa kan hehe* Ustaz, kami lupa sebenarnya! Dah nak balik baru sedar, xde satu gambar dgn ustaz pun!





Last but not least is gua hira, tempat di mana rasuluallah mendapat wahyu pertama. Aku sangat tabik dgn nabi Muhammad. Pada usia yg lebih berumur dari aku, beliau tetap gagah dpt daki sampai keatas sedangkan takde tangga mcm skrg. Aku yg baru 21 tahun ni pun tercungap2 tau! Penat gila! Tinggi sangat... which buat kami mcm rasa rendah diri sangat. Rasuluallah sangat tinggi semangatnya untuk beribadah kepada Allah sedangkan kami yg ada kemudahan disediakan... apa kita buat? Tepuk dada, tanya selera.




Pemandangan dari atas... subhanallah cantik!




Pintu masuk gua hira.. bak kata ustaz, ada starbuck tau..
(ada org jual coffee)




Nak ke gua hira, kena naik van yg mcm pergh aku nak hidup weh! Dia punya drive kalah tokyo drrift dan yg seangkatan dengannya tau! Betul lah ckp uztaz, org arab ni dorang suka dengar jemaah perempuan jerit sbb ye lah... kt sana mostly pakai niqab, bertutup litup. 





Dkt Al-Safwa tower, ada satu kedai ni org Indonesia punya. Air teh dgn nasi ayam dia pergh best gila kot! Sumpah aku tak tipu! Kitaorg jadi ketagih dgn air teh ais dia. Sangat sangat lah mengancam taste dia buat anda inginkan lagi dan lagi! 



No comments: